Monday, 15 December 2014

Senyum itu sedekah

Senyum yang tulus, datang dari hati yang tulus. Suatu senyum yang ikhlas dan menceriakan adalah suatu ibadah. Senyum terjadi hanaya sekejap, tetapi kenanagannya kekal tersemat di hati. Senyumlah, kerana senyum itu tidak mahal! Hanya perlukan sedetik untuk mengubah bentuk bibir agar menguntumkan senyuman. Dan hanya memerlukan tujuh saat untuk mempertahankan sebuah senyum untuk kelihatan sebagai ungkapan ketulusan hati..




Senyum mencipta kebahagiaan di sekitar kita. Senyum adalah ketenangan bagi kegelisahan, keceriaan bagi yang kecil hati dan kegembiraan bagi yang sedih. Senyum tidak boleh dibeli. Sebuah senyuman akan selalu diterima, kerana senyuman mampu mengetuk pintu dan hati seseorang. 

Mungkin kita tidak dapatmembantu seseorang itu dengan nilai wang ringgit ketika mereka menghadapi kesusahan, kemurungan dan sebagainya. Namun dengan senyuman yang ikhlas mungkin sedikit sebanyak dapat memberi keselesaan kepada orang lain.





Renungan Bersama

" Belajar dari kesalahan menjadikan kita lebih dewasa,
Belajar dari pengalaman menjadikan kita lebih bijaksana "..



Pagi Yang Hening

Assalamualaikum.. Selamat Pagi!!

Pagi yang hening..

Jom minum kopi panas.. mmm kopi panas di pagi yang sejukk.. sangat best kan.. nikmat.. alhamdulillah.. dah lama rasanya saya tidak mengulangkaji pelajaran, bertemankan kopi panas ni. Terasa sekali auranya setiap kali diteguk.. Memang sah-sah tak cukup secawan! hehe..





Memandangkan mata pun dah kembali membundar, dapatlah saya meneruskan sisa-sisa tugasan yang masih belum diselesaikan. Maklumlah, kerja pada saat akhir, beginilah jadinya. Hai, apalah nak jadi dengan diri ini. Namun begitu, hal ini tidak menjadi masalah bagi saya, kerana pada hemat saya, idea dan buah fikiran saya melimpah ruah pada saat ini. Ternyata tanggapan sesetengah masyarakat mengenai last minute study tidak mendatangkan kebaikan adalah tidak tepat dan berbeza halnya dengan saya,

Apapun, hidup mesti diteruskan. Setiap orang mempunyai prinsip yang tersendiri. Tetaplah dengan peganganmu itu, andainya hal itu mampu menyenangkanmu dan tidak memudaratkan orang lain. Jazakallah..

Wassalam..









Monday, 10 November 2014

Warna-warni Kehidupan

Di ranjau ini,
Pelbagai onak duri ku redahi,
Halangan jua pancaroba,
Menjadikanku insan gigih,
Demi menunaikan sebuah harapan,
Kedua orang tuaku..

Saat ini,
Kubawa haluan diri,
Kugapai  segala kemungkinan,
Kugarap sumber kembangan,
Demi mengilham harapan,
Sebagai pengungsi ilmu..

Nukilan :
Cikgu Syakira, 2014


Monday, 13 October 2014

Kepentingan Ilmu Pengetahuan

Sebagaimana yang kita sedia maklum, ilmu pengetahuan sangat penting kepada kita. Tanapa ilmu pengetahuan, keadaannya samalah seperti pokok tanpa buah. Malahan, terdapat dalil yang turut menyokong kenyataan bahawa ilmu pengetahuan itu sangat penting.

Antaranya ialah :


Dalil-Dalil Tentang Pentingnya Ilmu Pengetahuan

Apabila dikatakan kepada mereka: ”Marilah mengikuti apa yang diturunkan Allah dan mengikuti yang kami dapati dari bapak-bapak kami mengerjakannnya: dan apakah mereka akan mengikuti juga nenek moyang mereka, walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak (pula) mendapat petunjuk.” (QS. Al-Maidah 104).

“Dan tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mu’min itu pergi semaunya (kemedan perang) mengapa tidak pergi tiap-tiap gologan diantara mereka beberapa untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembaali kepadanya supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.” (QS. At-Taubah: 122)

Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ...

Selamat  datang ke laman blog Cikgu Syakira! Memandangkan blog ini masih baru, rasanya mungkin lebih banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan. Apapun, bagi saya, penciptaan blog ini merupakan sesuatu yang bermanfaat kepada saya. Apa yang saya harapkan, semoga blog Cikgu Syakira mendatangkan kebaikan kepada pengguna-pengguna luar yang ingin mengungsi ilmu..