Assalamualaikum..
KULIT BUKU
Ini merupakan kulit buku yang satya hasilkan.
BAHAN BANTU MENGAJAR
Ini merupakan hasil Bahan Bantu Mengajar yang telah saya cipta. Gambar ini merupakan penciptaan Bekas Pensel yang dihasilkan dari bahan terbuang. Di sini, saya lampirkan gambar hasil rekacipta saya pada 10 sudut gambar yang berlainan.
Gambar 1 : Sisi belakang
Gambar 2 : Sudut atas
Gambar 3 : Sudut bucu dari bawah
Gambar 4 : Sudut sisi dari depan
Gambar 5 : Sudut bucu depan dari sebelah kanan
Gambar 6 : Sudut bucu belakang dari sebelah kiri
Gambar 7 : Sudut sisi dari sebelah kanan
Gambar 8 : Sudut sisi dari sebelah kiri
Gambar 9 : Sudut depan dari separa atas
Gambar 10 : Sudut separa sisi telengkup
TUGASAN ILMIAH : TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
TEKNOLOGI PENDIDIKAN(GGGE2153)TAJUK : TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AHLI KUMPULAN :
1.
NUR NADIAH BINTI RAZALI (A143872)
2.
NUR INTAN SYAKIRA BINTI RAMLI (A143882)
3.
NURAMIRA ASYIKIN BINTI ARUN (A143878)
PENSYARAH : MD. YUSOF
BIN DAUD
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0
PENGENALAN
3
1.2
KONSEP PENGAJARAN 3-4
1.3
KONSEP TEKNOLOGI PENDIDIKAN 4-5
1.4
DOMAIN DALAM TEKNOLOGI PENDIDIKAN 5-11
1.4.1
Domain Teknologi Pendidikan Fasa Pertama Tahun 1977 5-8
1.4.2
Domain Teknologi Pendidikan Fasa Kedua Tahun 1994 8-11
1.5 PRINSIP-PRINSIP
TEKNOLOGI PENDIDIKAN 11-12
1.6
PERANAN DAN KEPENTINGAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 12-19
DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN
1.7
RUJUKAN 20
1.0 Pengenalan
Sesiapa sahaja yang sedang melaksanakan tugas
berhadapan dengan komputer atau sedang mengakses internet untuk untuk apa
sahaja tujuan sama ada membina hubungan sosial melalui laman muka buku
(Facebook, Twitter dsb), mencari bahan atau resepi masakan baru atau sedang
mereka bentuk persembahan multimedia, individu tersebut sebenarnya sedang
menggunakan teknologi terkini. Jika sekiranya seorang pendidik atau pelajar
pula yang menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, maka
teknologi yang digunakan sering kali dirujuk sebagai teknologi dalam
pendidikan.
1.1 Konsep Teknologi
Istilah teknologi umumnya seringkali dikaitkan
dengan alat teknologi moden terutamanya alat elektronik seperti komputer,
televisyen, radio, perakam pita video, pemain cakera padat, perakam kaset
audio, projektor paparan hablur cecair (LCD), kamera digital dan telefon
bimbit. Teknologi bermaksud produk atau alat media serta proses yang digunakan
untuk membangunkan negara atau menyelesaikan sesuatu masalah dalam sistem
pendidikan atau latihan. Mengikut Galbraith (1967), technology is the
systematic application of scientific or other organised knowledge to practical
tasks, yang membawa maksud teknologi adalah keupayaan dalam menggunakan
pengetahuan sama ada pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yang tersusun,
digunakan secara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan praktikal dalam melaksanakan
sesuatu tugas sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan. Aplikasi sistematik di
sini bermaksud teknik yang digunakan perlulah mempunyai kerangka reka bentuk
untuk menghasilkan satu sistem yang menyeluruh dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P).
Pengetahuan lain yang tersusun bermaksud pengetahuan
yang belum diuji dan dibuktikan secara saintifik tetapi diterima amalannya
sebagai suatu pengetahuan yang benar berdasarkan pengalaman dan pengamatan
manusia terhadap sesuatu tindakan. Pengaplikasian pengetahuan saintifik pula
merujuk kepada teknik yang digunakan untuk mengaplikasikan idea atau teori di
mana teknik ini telah diuji dan didapati berjaya manakala aplikasinya pula
telah disahkan melalui ujian. Teknologi juga mengikut Finn (1960) membawa maksud
suatu proses ke arah penyelesaian masalah dengan menggunakan teknik, kaedah,
reka bentuk atau alat yang berkesan dan teruji serta penggunaan pengetahuan
sains dan lain-lain cabang ilmu untuk menghasilkan tugasan pembelajaran yang
praktikal. Manakala Evans dan Nation (2000) menyatakan, “Technology is not a
tool – it is an art or science of how to use a tool for a purpose.”
Selain daripada itu, Smaldino et.al (2004)
menyatakan bahawa teknologi adalah sebagai produk atau bahan di mana
penghasilan perkakasan dan perisian adalah hasil dari proses teknologi itu
sendiri. Contohnya komputer (perkakasan) dan bahan CDROM (perisian) adalah
hasil teknologi. Saettler (1990) turut menegaskan bahawa teknologi bukan hanya
merujuk kepada penggunaan mesin sahaja, bahkan turut meliputi teknik penggunaan
pengetahuan saintifik. Menurutnya, teknik lebih penting daripada produk kerana
untuk menghasilkan sesuatu, proses amat diperlukan. Proses pula perlu dilihat
dalam konteks menggunakan kaedah atau teknik untuk meningkatkan proses
pengajaran dan pembelajaran. Kadangkala teknologi juga dilihat sebagai arus
pembangunan atau pemodenan dan biasanya apabila sesuatu organisasi itu maju dan
berkembang adalah kerana pengaruh dan kesan penggunaan alat teknologi itu
sendiri.
1.2 Konsep Pengajaran
Secara umumnya pengajaran membawa maksud proses
mengajar di mana keberkesanan penyampaian maklumat boleh terbukti dengan
perubahan tingkahlaku pelajar. Manakala pembelajaran pula bermaksud proses
belajar yang berlaku apabila guru dan pelajar sama-sama terlibat dalam proses
memberi dan menerima. Pullias dan Young (1968) menyatakan, “Pengajaran itu
keseluruhannya merupakan cara membimbing murid untuk memperolehi sejumlah
pengalaman yang cukup bermutu hingga mampu sejauh mungkin menolong pembinaan
kemungkinankemungkinan sebagai manusia”. Mengikut Ramsden (1988) konsep pengajaran
adalah “Belajar atau pembelajaran di sekolah seharusnya merupakan satu
pergerakan ke arah pembentukan insan yang berupaya menyelesaikan persoalan yang
kompleks, mengiktiraf kuasa dan keelokan konsep-konsep sesuatu bidang pelajar,
dan menggunakan ilmu yang dipelajari di dalam kelas dalam menyelesaikan masalah
di luar kelas.” Manakala menurut Trigwel, Prosser, & Lyons (1997), konsep
pengajaran adalah “Proses bekerja bersama pelajar untuk membantu mereka
berkebolehan dan berkemungkinan untuk belajar.”
1.3 Konsep Teknologi
Pendidikan
Teknologi pendidikan adalah satu bidang yang
berusaha ke arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Bahagian Teknologi Pendidikan di Kementerian Pelajaran Malaysia (1991)
mentakrifkan teknologi pendidikan adalah aplikasi media, sistem, pendekatan dan
teknik ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Crowell
(1971), dalam Encyclopedia of Education menjelaskan bahawa, "Teknologi pendidikan
ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk
memberi kesan baik kepada pendidikan" . Persatuan Teknologi Pendidikan
Malaysia (1988), mentakrifkan teknologi pendidikan sebagai proses yang kompleks
dalam mengalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik dan rasional
bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu idea,
tenaga, sumber bahan, kaedah dan tatacara untuk mempertingkatkan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran.
Seels & Reechy (1994) bersama The Association
for Educational Communication and Technology‟s (AECT) menyatakan teknologi
pendidikan adalah teori dan amalan tentang mereka bentuk, membangun, mengguna,
mengurus dan menilai proses serta sumber untuk pembelajaran, (Instructional
technology is the theory and practice of designing, development, utilization,
management and evaluation of processes and resources for learning). Molenda
(2000) mendefinisikan teknologi pendidikan sebagai “…the profession in which a
knowledge of the science of instruction and art of teaching, gained by study
and experience, are applied to develop and manage, with economy and elegance,
instructional materials and systems that contribute to the provision of humane,
effective learning environments necessary to advance the progressive
well-being”.
1.4 Domain Dalam
Teknologi Pendidikan
Domain
dalam Teknologi Pendidikan melalui dua (2) fasa iaitu :
·
Fasa
pertama: Tahun 1977
·
Fasa
kedua: Tahun 1994
1.4.1 Domain Teknologi
Pendidikan Fasa Pertama Tahun 1977
Domain
Teknologi Pendidikan Fasa Pertama adalah berdasarkan definisi Teknologi
Pendidikan oleh The Association for Educational Communication and Technology‟s
(AECT) 1977:“Teknologi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks dan
bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi
untuk menganalisis masalah-masalah serta mereka bentuk, menilai dan menguruskan
penyelesaian kepada masalah-masalah. Proses pembelajaran itu pula mempunyai
matlamat dan terkawal”. Berdasarkan definisi tersebut, terdapat tiga (3) fungsi
iaitu:
i. Pengembangan
Pengajaran:
a)
Penyelidikan
b)
Reka bentuk
c)
Penerbitan
d)
Penilaian
e)
Logistik
f)
Penggunaan
g)
Pengedaran
Fungsi pengembangan pengajaran ini ialah
menganalisis masalah-masalah pembelajaran serta mereka bentuk, melaksana dan
menilai penyelesaian kepada masalah ini. Ia melibatkan satu proses yang
mengandungi beberapa peringkat. Peringkat pertama ialah mengkonsepsikan model
teoritikal bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu, penyelidikan
dijalankan bagi memperoleh maklumat saintifik berkenaan murid, pengajaran dan
pembelajaran, sumber pembelajaran dan sebagainya. Di sini teori dan model
dihasilkan dan diuji. Setelah dikenal pasti teori dan model yang sesuai, maka
tugas seterusnya adalah merekabentuk pengajaran yang selari dengan teori
tersebut. Tegasnya, teori kini ditukar menjadi suatu spesifikasi yang akan
menjadi asas kepada pembinaan pengajaran. Ia dimulakan dengan analisis terhadap
murid, menulis objektif, memilih strategi pengajaran, memilih media pengajaran
dan juga menentukan spesifikasi media tersebut. Daripada spesifikasi ini,
penerbitan media pengajaran dilaksanakan, skrip ditulis, grafik dan gambar
dihasilkan. Selain itu, program pengajaran berpandukan komputer dan
pengendalian alat turut diadakan. Dalam aspek penghasilan atau penerbitan,
segala macam media pengajaran boleh dihasilkan asalkan ada spesifikasinya.
Media pengajaran yang telah dihasilkan tidak boleh terus digunakan. Ia harus
dinilai terlebih dahulu agar benar-benar memberi kesan yang dihajatkan. Aspek
yang paling dititikberatkan dalam proses penilaian ini ialah dari sudut
kemampuannya menepati kehendak objektif.
Di samping itu, penilaian terhadap kualiti teknikal
turut dilakukan. Daripada penilaian yang dilakukan, cadangan akan dikemukakan
sama ada hasil penerbitan ini diterima, ditolak atau diterima dengan pembaikan.
Setelah disahkan keberkesanannya, barulah media sedia untuk digunakan. Di
peringkat penggunaan ini, murid dibantu untuk memilih sumber pembelajaran
(media pengajaran sebahagian daripadanya) yang sesuai dengan pembelajaran
mereka serta membantu mereka menggunakan sumber yang dipilih. Kemajuan murid dipantau
semasa mereka menjalani aktiviti pembelajaran ini.
Untuk memastikan sumber pembelajaran sentiasa
tersedia, logistik atau tempat pengumpulan perlu disediakan. Di sinilah sumber
pembelajaran dikatalog, diselenggara dan diedarkan. Akhir sekali, bagi memastikan
perkembangan teknologi pendidikan dapat diikuti, peringkat penyebaran pula
memastikan agar maklumat tentang teknologi pengajaran dikumpulkan dan
disebarkan, melalui pemberian khidmat nasihat, latihan dan pemberitaan.
ii. Sumber
Pembelajaran:
a)
Mesej
b)
Manusia
c)
Bahan
d)
Peralatan
e)
Teknik
f)
Tempat atau keadaan
Sumber pembelajaran terdiri daripada mesej, manusia,
bahan, peralatan, teknik dan tempat atau keadaan (settings). Setiap komponen
boleh digunakan secara terpisah atau secara kombinasi bagi memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran. Pada peringkat penggunaan dan logistik, sumber
pembelajaran ini dipilih, digunakan dan disebarkan. Oleh itu, domain ini
merupakan produk daripada proses yang berlaku dalam domain atau fungsi
pengembangan pengajaran. Sumber pembelajaran ialah apa sahaja yang menyimpan
dan/atau menghantar maklumat kepada murid. Satu daripadanya ialah mesej. Mesej
mengandungi maklumat yang diterima oleh murid. Misalnya, isi pelajaran, arahan
dan lain-lain. Manusia bertindak sebagai penyimpan dan penghantar atau penyebar
mesej. Manusia dalam konteks sekolah adalah seperti pengetua, guru, murid dan
ibu bapa. Bahan juga adalah penyimpan mesej yang akan disebarkan seperti nota,
buku, pita video, modul pembelajaran, cakera padat dan sebagainya.
Peralatan pula berfungsi menghantar maklumat yang
tersimpan di dalam bahan seperti projektor, perakam audio, pemain cakera video
dan sebagainya. Teknik ialah bagaimana bahan, peralatan dan manusia digunakan
bagi menghantar maklumat seperti perbincangan, lawatan, mel elektronik dan
lain-lain. Tempat atau keadaan merupakan keseluruhan persekitaran. Mesej akan
disebarkan seperti bilik darjah, bilik sumber, makmal sains dan lain-lain lagi.
Berhubung dengan sumber pembelajaran, tidak semuanya direka bentuk khusus untuk
pembelajaran. Bagaimanapun, kebanyakannya masih boleh digunakan sebagai sumber
pembelajaran seperti iklan televisyen, akhbar, katalog barangan pengguna,
cerita dari filem atau televisyen, muzium, zoo, internet dan pelbagai lagi.
Dalam hal ini, sumber yang tersedia ada sama pentingnya dengan sumber yang
dihasilkan. Oleh yang demikian, guru dan murid perlu mengetahui bagaimana
menggunakan sumber-sumber tersebut secara berkesan.
iii. Pengurusan
Pengajaran:
a)
Pengurusan organisasi
b)
Pengurusan kakitangan
Fungsi pengurusan pengajaran adalah menyelaras dan
mengawal fungsi pengembangan serta fungsi sumber pembelajaran dan lain-lain
fungsi supaya teknologi pengajaran dapat berjalan dengan berkesan. Fungsi ini
meliputi pengurusan organisasim dan pengurusan kakitangan. Fokus pengurusan
organisasi ialah mentadbir projek dengan cara mengenal pasti keperluan
organisasi, menentukan matlamat dan objektif.
Seterusnya, menguruskan soal perbelanjaan, pembelian
serta perkara yang berkaitan dengan prosedur pentadbiran bagi hubungan dalam
dan luar organisasi. Pengurusan kakitangan pula terlibat dengan perkara yang
berkaitan dengan pengambilan, penyeliaan dan penilaian pekerja. Tujuan utama
pengurusan kakitangan ialah mewujudkan hubungan baik serta meningkatkan
keberkesanan komunikasi antara pekerja. Jelasnya, tidak dapat dinafikan lagi
bahawa teknologi pengajaran dilaksanakan secara bersepadu di mana usaha
manusia, prosedur dan idea bagi mencapai satu objektif tertentu diintegrasikan
seterusnya, untuk menyelesaikan sebarang masalah, semua fungsi perlu bergerak
secara sistematik dan bersepadu.
1.4.2 Domain Teknologi
Pendidikan Fasa Kedua Tahun 1994
Domain Teknologi Pendidikan Fasa Kedua adalah
berdasarkan definisi Teknologi Pendidikan oleh The Association for Educational
Communication and Technology‟s (AECT) 1994: “Teknologi pengajaran adalah teori
dan amalan tentang mereka bentuk , membangun, mengguna, dan menilai proses
serta sumber untuk pembelajaran”.
Reka bentuk Pembangunan
1.
|
DOMAIN TP 1994
|
2.
RB mesej 2. Teknologi audiovisual
3.
Strategi
pengajaran
3. Teknologi komputer
4.
Ciri-ciri pelajar
4. Teknologi
bersepadu
1.
Analisis
masalah
1.
Penggunaan media
2.
Pengukuran
rujukan
2. Difusi dan inovasi
3.
Kriteria
Pengurusan 3. Pelaksanaan
4.
Penilaian
formatif 1.
Pengurusan projek
4. Polisi dan peraturan
5.
Penilaian
sumatif 2.
Pengurusan sumber
3.
Pengurusan Sistem Penyampaian
4. Pengurusan maklumat
Berdasarkan
definisi tersebut, terdapat lima (5) fungsi :
i. Rekabentuk
ii. Pembangunan
iii. Penggunaan
iv. Pengurusan
v. Penilaian
A)
Domain Rekabentuk:
·
Rekabentuk
Sistem Pengajaran
·
Rekabentuk
Mesej
·
Strategi
Pengajaran
·
Ciri-ciri
Pelajar
Reka bentuk adalah proses menyatakan syarat yang
khusus untuk pembelajaran. Domain ini merupakan sumbangan terbesar teori
teknologi pengajaran kepada bidang pendidikan yang lebih besar. Tujuan reka
bentuk adalah untuk mewujudkan strategi bersekala besar dalam penghasilan
produk seperti program dan kurikulum, serta yang berskala kecil, seperti
pelajaran dan modul. Sebagai contoh, permohonan teori pengajaran dan
pembelajaran untuk reka bentuk kursus atau kurikulum sekolah, analisis
ciri-ciri pelajar dan juga dalam konteks pembelajaran (persekitaran fizikal,
keperluan, tugas), perancangan strategi pengajaran, serta interaksi
manusia-komputer / muka reka bentuk untuk sistem yang direka bagi memudahkan
pembelajaran.
B)
Domain Pembangunan:
·
Teknologi
Percetakan
·
Teknologi
Audiovisual
·
Teknologi
Berasaskan Komputer
·
Teknologi
Bersepadu
Domain Pembangunan adalah proses menterjemahkan
spesifikasi reka bentuk ke dalam bentuk fizikal. Domain pembangunan merangkumi
pelbagai teknologi yang digunakan dalam pengajaran. Bagaimanapun, domain ini
tidak diasingkan daripada teori dan amalan yang berkaitan dengan pembelajaran
dan reka bentuk. Ia berfungsi bebas daripada pengurusan penilaian, atau
penggunaan. Pada asasnya, domain pembangunan boleh digambarkan oleh mesej yang
didorong oleh kandungan, strategi pengajaran yang merupakan teori dan
manifestasi fizikal seperti teknologi perkakasan, perisian dan bahan-bahan
pengajaran. Oleh itu, teknologi cetak, teknologi audiovisual, teknologi
berasaskan komputer, dan teknologi bersepadu (seperti multimedia interaktif),
boleh dibangunkan untuk tujuan pengajaran.
C)
Domain Penggunaan:
·
Penggunaan
Media
·
Difusi
dan Inovasi
·
Pelaksanaan
·
Polisi dan Peraturan
Domain Penggunaan adalah suatu tindakan menggunakan
proses dan sumber untuk pembelajaran. Mereka yang terlibat dalam penggunaan
adalah bertanggungjawab untuk memadankan pelajar dengan bahan dan aktiviti tertentu,
menyediakan pelajar untuk berinteraksi dengan bahan-bahan terpilih dan melaksanakan
aktiviti, memberi bimbingan semasa perbincangan, menyediakan penilaian
keputusan dan menggabungkan penggunaan ini ke dalam prosedur berterusan dalam
sesebuah organisasi.
D)
Domain Pengurusan:
·
Pengurusan
Projek
·
Pengurusan
Sumber
·
Pengurusan
Sistem Penyampaian
·
Pengurusan
Maklumat
Domain Pengurusan melibatkan mengawal teknologi
pengajaran melalui perancangan, menyusun, menyelaras dan menyelia. Individu
dalam bidang ini kerap dipanggil untuk menyediakan pengurusan dalam pelbagai
ketetapan. Sesuatu pelaksanaan teknologi pengajaran mungkin terlibat dengan
usaha seperti pengurusan projek pembangunan pengajaran atau pengurusan pusat
media sekolah. Matlamat sebenar untuk aktiviti pengurusan boleh berbeza
daripada penetapan sesuatu program atau aktiviti, tetapi kemahiran pengurusan
asas kekal malar tanpa mengira persekitaran.
·
Analisis
Masalah
·
Pengukuran
Rujukan
·
Kriteria
·
Penilaian
Formatif
·
Penilaian
Sumatif
Domain Penilaian ialah proses menentukan pencapaian
dan melengkapkan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah penentuan rasmi
dari segi kualiti, keberkesanan atau nilai program, produk, projek, proses,
objektif, atau kurikulum. Dalam domain penilaian terdapat empat kategori iaitu
penilaian analisis masalah pengajaran, penilaian kriteria, penilaian formatif
dan penilaian sumatif. Sebagai contoh, teknologi pengajaran mungkin bertindak
sebagai perunding, mengenal pasti jurang antara objektif dan hasil pembelajaran
sebenar untuk program atau projek dan mencadangkan beberapa maklum balas bagi
sebarang perubahan.
1.5 Prinsip-prinsip
Teknologi Pendidikan
Menurut Roblyer (2003), teknologi pendidikan adalah
kombinasi antara proses dan alatan yang terlibat untuk menangani keperluan dan
masalah pendidikan dengan memberi penekanan kepada aplikasi alat yang terkini
iaitu komputer dan teknologi yang berkaitan. Kadangkala teknologi juga dilihat
sebagai arus pembangunan atau pemodenan dan biasanya apabila sesuatu organisasi
itu maju dan berkembang adalah kerana pengaruh dan kesan penggunaan alat
teknologi itu sendiri. Justeru, teknologi pendidikan dapat dijustifikasikan
sebagai penggunaan prinsip-prinsip saintifik untuk merancang dan melaksanakan
sistem pengajaran. Penekanan adalah kepada pencapaian objektif pendidikan yang
tepat dan ianya boleh diukur, pemusatan kepada murid dan bukan kepada mata
pelajaran.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012) menyatakan
prinsip teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hanya
merupakan sebagai bahan bantu kepada guru untuk mengajar dan tidak boleh
digunakan untuk menggantikan pengajaran. Teknologi pendidikan digunakan untuk
membantu guru mengajar dan membantu murid belajar suatu kandungan mata
pelajaran dengan lebih berkesan. Tegasnya, teknologi pendidikan ialah satu
sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara
terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam
pembelajaran.
Pada prinsipnya, sumber pendidikan digunakan untuk
mencapai objektif dan peringkat perkembangan pengajaran dan pembelajaran bagi
tujuan seperti :
i.
pengenalan topik
ii.
perkembangan pelajaran iaitu penerangan konsep
iii.
penutup atau kesimpulan topik pelajaran
iv.
penilaian kefahaman terhadap sesuatu topik.
Sumber
pendidikan juga perlu digunakan mengikut masa yang sesuai untuk mengoptimum
proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan sumber pendidikan perlu
dirancang dalam tiga peringkat, iaitu :
i.
Sebelum
penggunaan - merancang masa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik yang
diajar.
ii.
Semasa
penggunaan - merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat
membantu proses pengajaran dan pembelajaran
iii.
Selepas
penggunaan - merancang aktiviti lanjutan atau pengayaan dan juga aktiviti
pengukuhan.
1.6 Peranan Dan
Kepentingan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Pembelajaran
Dengan perkembangan pesat penggunaan komputer dan
perisian pengajaran, muncul peningkatan kesedaran dalam kalangan masyarakat
tentang pentingnya komputer sehingga timbul suatu lagi literasi yang diistilahkan
sebagai literasi komputer (Heinich et al., 1996). Literasi komputer yang merujuk
kepada kemahiran memperoleh maklumat, berfikir dan berkomunikasi menggunakan
komputer dalam abad ini jauh melebihi kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira)
suatu ketika dahulu. Murid-murid kini perlu berliterasi komputer sekiranya
mereka ingin bersaing di pusat-pusat pengajian atau di tempat kerja mereka.
Sehubungan itu, dalam menuju era teknologi dan informasi serta meningkatkan
produktiviti, sistem pendidikan negara memerlukan perubahan dari segi model
pendidikan yang ada sekarang kepada suatu model baru iaitu melalui penggunaan
teknologi seperti perisian pengajaran yang boleh menghasilkan sumber tenaga
kerja yang diperlukan untuk pembangunan negara.
Anjakan ke arah penggunaan teknologi pendidikan dan
perisian pengajaran juga adalah sangat penting kerana bentuk pembelajaran pada
masa hadapan sudah pastinya tidak sama seperti keadaan sekarang. Kelas pada
masa hadapan mungkin bukan lagi dalam bentuk bilik, sebaliknya kemungkinan
proses pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku 24 jam sehari di mana murid
sendiri yang akan menentukan masa dan tempat mereka perlu belajar. Pengajaran
juga tidak boleh hanya terbatas kepada proses menyampaikan maklumat, tetapi
murid perlu diajar kemahiran untuk memperoleh maklumat.
Teknologi
pendidikan merupakan aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik-teknik ke
arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dengan pelbagai
kelebihannya, teknologi pendidikan mampu memainkan peranan yang penting bagi
mencapai objektif ini. Antara peranan dan kepentingan teknologi pendidikan yang
dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran ialah :
a.
Membina kemahiran kognitif
Menurut
Gagne (1985), murid perlu mengulangi pelajaran beberapa kali untuk memahami
sesuatu konsep pembelajaran. Proses pengulangan yang dilakukan melalui perisian
pengajaran dalam teknologi pendidikan lebih membantu murid mengingati sesuatu
maklumat berbanding proses pengulangan melalui bahan bercetak. Sesuatu maklumat
yang disampaikan dalam bentuk verbal (contoh: lisan dan teks) berserta dengan
bentuk visual (contoh: gambar, animasi dan video) akan meningkatkan lagi kadar
ingatan dan mencapai semula maklumat dari memori (Mayer, 2001).
b.
Menggalakkan pembelajaran kendiri
Keupayaan menyediakan platform
pembelajaran kendiri serta jadual belajar yang sesuai dengan murid merupakan
dua (2) kelebihan perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan yang telah
dibuktikan melalui kajian. Pembelajaran kendiri melalui perisian pengajaran
adalah lebih baik berbanding kaedah tradisi, di mana melalui pembelajaran
kendiri ini murid boleh mengawal pembelajaran berdasarkan tahap kemampuan serta
kesesuaian mereka.
c.
Menjadikan
pembelajaran aktif
Perisian pengajaran dalam teknologi
pendidikan mempunyai kelebihannya dari sudut interaktif yang tidak ada pada media pengajaran lain.
Interaktiviti menggalakkan pembelajaran aktif berlaku dalam kalangan murid pada
sebarang peringkat umur dan komputer adalah satu-satunya media yang mempunyai
potensi ini (Sewell, 1990). Semakin dinamik interaktiviti, semakin aktif proses
pembelajaran akan berlaku. Melalui pembelajaran aktif, banyak kelebihan dapat
dicapai seperti menarik tumpuan murid, membina ingatan jangka panjang,
pembelajaran lebih pantas dan peningkatan motivasi belajar
d.
Menggalakkan pembelajaran yang menghiburkan
Elemen multimedia terutamanya
animasi telah menjadikan pembelajaran berasaskan perisian pengajaran dalam
teknologi pendidikan itu sesuatu yang menghiburkan dan menjanjikan pelbagai
kemudahan yang tidak pernah terfikir oleh manusia sebelum ini serta tidak
membosankan (Jamalludin, Baharudin & Zaidatun, 2001; ChanLin, 2000).
Penerapan nilai hiburan yang tidak berlebihan dalam pendidikan sebenarnya akan
memberi kesan yang baik terhadap proses pengajaran dan pembelajaran asalkan
ianya tidak menganggu pembelajaran.
e.
Mempelbagaikan latar belakang dan kaedah belajar
Perisian
pengajaran dalam teknologi pendidikan membolehkan penyampaian isi pelajaran
kepada murid dalam bentuk yang mudah difahami dan lebih menarik berbanding buku
atau media lain dan mampu memenuhi strategi belajar yang bervariasi (Ellis,
2004). Setiap individu mempunyai corak pembelajarannya yang tersendiri.
Pengajaran secara tradisi tidak dapat memenuhi masalah corak pembelajaran yang
berbeza ini. Namun perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan kini dapat
memberikan segala kemudahan ini kepada murid.
f.
Mengatasi masalah bilangan murid yang ramai
Perisian
pengajaran dalam teknologi pendidikan dapat mengatasi masalah keberkesanan
pengajaran sekiranya melibatkan bilangan murid yang ramai. Guru sememangnya
dapat menumpukan pengajaran secara individu sekiranya jumlah murid adalah
kecil. Namun, sekiranya berurusan dengan murid yang ramai, penumpuan secara
individu adalah di luar kemampuan mereka (Heinich et al., 1996). Guru juga akan
dapat bersama murid di suatu tempat yang sama pada suatu tempoh yang terhad,
hal ini juga menjadi faktor penghalang bagi para guru untuk melakukan penumpuan
secara individu terhadap setiap murid. Masalah ini dapat diatasi dengan
penggunaan perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan yang menawarkan
kebolehan menyampaikan maklumat kepada setiap murid secara individu serta
menjamin pencapaian yang baik.
g.
Melibatkan lebih daripada satu deria
Pendidikan menerusi perisian
pengajaran dalam teknologi pendidikan akan menggerakkan setiap deria murid
untuk terlibat sama dalam proses pembelajaran. Hal ini bermaksud, deria
penglihatan, pendengaran, sentuhan dan minda seseorang murid itu akan tertumpu
dan terlibat secara aktif dalam proses tersebut (Vaughan, 1998). Penglibatan
lebih daripada satu deria membawa impak positif terhadap proses pembelajaran.
Pembelajaran yang menggunakan satu deria sahaja adalah kurang berkesan
berbanding dengan pembelajaran yang menggunakan pelbagai deria (Neo & Neo,
2001).
h.
Menjimatkan masa pembelajaran
Perisian pengajaran dalam teknologi
pendidikan dapat menjimatkan masa pembelajaran seseorang murid. Banyak dapatan
kajian mendapati penggunaan perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan
mampu mengurangkan tempoh pembelajaran murid jika dibandingkan dengan kaedah
tradisi (Khairul Hashim, 2003).
i.
Membantu meningkatkan pencapaian akademik murid
Kebanyakan kajian yang dijalankan
menunjukkan keberkesanan teknologi pendidikan melalui penggunaan perisian
pengajaran dari sudut peningkatan pencapaian murid. Hal ini dapat dilihat melalui
tinjauan yang dijalankan melibatkan 946 kajian dari tahap pra-sekolah sehingga
ke tahap university oleh North Central Regional Educational Laboratory, Amerika
Syarikat (NCREL). Setiap kajian ini merumuskan bahawa penggunaan perisian pengajaran
dalam teknologi pendidikan menunjukkan kesan positif terhadap pencapaian murid
serta dapatan markah yang tinggi dalam peperiksaan (NCREL, 2002) terutamanya
terhadap murid lemah (Newby et al., 2000).
j.
Menggalakkan Persekitaran Pembelajaran Positif
Penggunaan tekonologi pengajaran yang berkesan dapat
merangsang persekitaran pembelajaran yang positif (berkesan) dan dapat menarik
minat murid. Penggunaan teknologi terkini seperti penggunaan laptop, tayangan
slaid dapat meransang perhatian murid secara optimum jika dilaksanakan dengan
sistematik. Terdapat pelbagai pendekatan pembelajaran yang dapat dilaksanakan
di dalam kelas dengan mengunakan teknologi pendidikan bagi menjana persekitaran
pembelajaran yang berkesan.
k.
Menggalakkan Pendekatan Koperatif
Pendekatan koperatif ialah
pembelajaran yang melibatkan murid bekerjasama untuk belajar dan
bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya. Dalam pendekatan ini, semua
ahli hendaklah bekerjasama di dalam kumpulan bagi menyelesaikan masalah yang
diberikan. Di dalam pendekatan ini guru bertanggungjawab untuk memastikan murid
dapat berkerjasama di dalam kumpulan dengan baik. Kemahiran bersosial dalam
kalangan ahli kumpulan dititikberatkan supaya dapat membantu ahli kumpulan
mencapai objektif dan mengekalkan hubungan yang positif. Dalam melaksanakan
pendekatan ini guru hendaklah memberikan motivasi kepada murid seperti
pengiktirafan dan penghargaan sekiranya dapat melaksanakan tugas yang diberikan
dengan baik.
Sebagai contoh, dalam mata
pelajaran sains, guru memberikan tugasan kepada murid untuk mencari sesuatu
maklumat yang berkaitan dengan Sistem Solar. Murid diberikan masa untuk mencari
maklumat secara berkumpulan di dalam perpustakaan dan makmal komputer. Hasil
dapatan tersebut dibentangkan di dalam kelas dengan menggunakan aplikasi media
yang dihasilkan oleh murid. Aktiviti sebegini dapat melahirkan murid yang
mempunyai keyakinan diri yang tinggi, celik teknologi maklumat (IT) dan dapat
berkomunikasi dengan berkesan.
l.
Menggalakkan Pendekatan Kolaboratif
Pembelajaran kolaboratif memerlukan
penglibatan semua ahli kumpulan. Ia memerlukan idea yang mencabar, menyokong
dan menambah baik sesuatu idea sehingga mencapai persetujuan kumpulan. Dalam
pendekatan ini, murid akan mengumpul idea atau data, berkongsi pengalaman,
berbincang sesame mereka dan menyelesaikan masalah bersama. Dalam pendekatan
ini juga, setiap ahli kumpulan hendaklah memberikan komitmen bagi melaksanakan
tugas yang diberi dan sedia untuk saling membantu bagi meningkatkan prestasi
akademik meraka.
m.
Mengubah
pengalaman pembelajaran
Penggunaan teknologi pendidikan juga dapat mengubah
pengalaman pembelajaran. Pengalaman pembelajaran amat penting untuk menjadikan
pembelajaran yang berkesan, iaitu pembelajaran yang dapat mengubah tingkah laku
murid. Oleh yang demikian, pengalaman pembelajaran merupakan aspek yang penting
di dalam pelaksanaan kurikulum. Bagi menjayakan kurikulum, perancangan yang
teliti dan rapi hendaklah diatur supaya ia dapat membantu murid mendapatkan
pengalaman pembelajaran berlandaskan objektif yang ditentukan oleh guru
berdasarkan sukatan pelajaran (KSSR – Standard Pembelajaran) yang telah
digubal.
Perancangan seperti penggunaan media yang sesuai
sama ada menggunakan aplikasi komputer, simulasi, tunjuk cara atau apa jua
bahan yang dapat membantu murid memahami pembelajaran hendaklah ditentukan agar
pemikiran secara kritis dan kreatif dapat dijana di dalam kelas supaya murid
mampu mengaplikasikan pembelajaran dengan kehidupan seharian mereka.Teknologi
pendidikan ini juga telah merubah sistem pengajaran dengan adanya pelbagai
kaedah dan teknik-teknik pembelajaran seperti pembelajaran secara berkumpulan
atau bersendirian, bersama sumber manusia (tenaga pengajar) dan bahan teknologi
(perisian komputer), pembelajaran koperatif dan melibatkan murid secara aktif
di samping menggalakkan murid berfikir dengan lebih kritis dan kreatif.
Perubahan ini penting bagi memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna
kepada murid bagi menguasai sesuatu pelajaran.
n.
Mengubah sistem atau pendekatan pengajaran
Seperti
yang telah kita ketahui, di Malaysia sukatan pelajaran (Standard Pembelajaran –
KSSR) ataupun kurikulum sekolah telah ditentukan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. Sukatan tersebut telah digubal berlandasakan aras kemahiran murid
mengikut peringkat umur. Semasa perancangan sukatan atau standard pembelajaran
atau kurikulum ini diolah dan digubal, perancang kurikulum akan berkerjasama
dengan pereka pengajaran untuk menentukan penggunaan teknologi pendidikan dalam
kurikulum sekolah.
Pada
masa dahulu, penggunaan media dirancang semasa kurikulum dilaksanakan. Oleh
yang demikian, pelbagai masalah telah timbul seperti kurangnya persediaan guru
semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dan kesukaran mendapatkan bahan
media yang sesuai untuk membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
Di sini dapat dijelaskan peranan teknologi pendidikan telah berperanan merubah
kebiasaan yang telah dilaksanakan pada masa dahulu. Sistem pendidikan kini
lebih efisyen dan mampu melahirkan pembelajaran yang berkesan kepada murid
dalam masa yang lebih singkat. Dengan adanya teknologi pendidikan, pelaksanaan
pengajaran berlandasakan kurikulum yang telah ditetapkan menjadi lebih
berkesan, mudah, berteknologi terkini dan memberikan impak positif kepada
pembelajaran murid dan seterusnya sistem pendidikan.
o.
Mengubah Sistem Atau Pendekatan Pengajaran
Selain daripada mengubah peringkat membuat
keputusan, teknologi pendidikan juga berperanan untuk mengubah sistem atau
pendekatan pengajaran. Hasil pembaharuan teknologi pendidikan ia dapat
mempengaruhi sistem atau pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran.
Teknologi pendidikan juga dapat menukar sistem atau pendekatan pengajaran
konvensional, menerima sistem pembelajaran jarak jauh, sistem kelas terbuka
atau sistem sekolah bebas. Sebagai contoh, hasil teknologi pendidikan kini
dapat menghasilkan sistem yang lebih sistematik dan teratur yang dapat memberi
manfaat kepada guru dan murid serta memudahkan sesi pengajaran dan
pembelajaran.
Penciptaan perisian bagi menyediakan jadual waktu
guru (System Windows), dan yang terkini sistem pengajaran berdasarkan „IES‟
(Interaction Education System) dapat memudahkan pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran. Dalam perisian IES guru menggunakan komputer semasa pelaksanaan
pengajaran dan murid memberikan maklum balas dengan menggunakan „remote
control‟ secara individu untuk memberikan maklum balas. Melalui sistem ini guru
dapat mengesan hasil pembelajaran dengan lebih cepat iaitu pada setiap kali
pengajaran. Guru juga dapat mengenalpasti aras kefahaman murid secara individu
dengan lebih mudah.
Teknologi pendidikan juga telah merubah sistem pengajaran
dengan adanya sistem pembelajaran jarak jauh yang menggunakan teknologi
maklumat sebagai pengantara ilmu. Jelaslah di sini teknologi pendidikan dapat
mewujudkan persekitaran pengajaran yang positif. Hasil kajian dan ciptaan
teknologi yang canggih daripada para ilmuan cerdik pandai telah memungkinkan
perubahan kepada kepelbagaian sistem dan pendekatan yang lebih produktif bagi
melahirkan generasi ilmuan yang lebih ulung.
1.7 RUJUKAN
AECT
. Association for Educational Communications and Technology (1977). The definition
of educational technology. Washington DC: AECT.
AECT,
Association for Educational Communication and Technology (1994). The definition
of educational technology. Washington: AECT.
AECT,
Association for Educational Communication and Technology (2004). Definition and
Terminology Committee document #MM4.0. The meanings of educational technology.
Washington DC: AECT.
Kementerian
Pelajaran Malaysia (2012). Akses pada November 12, 2012 daripada [http://bibliografi.moe.edu.my/sumberpendidikan/images/psp/Huraian_Sukatan_Modul_Bab_1.pdf]
Evans
T. & Nation D. (Eds) (2000), Changing university teaching: Reflections on creating
educational technologies. London: Kogan Page.
Galbraith,
J.K. (1967). The new industrial state. Boston: Houghton Mifflin.
Hedges,
William D. Hopkins, L. Thomas. The encyclopedia of education. Vol. 4. New York,
NY: Crowell-Collier Educational Corporation, 1971.
Yusup
Hashim. (1998). Teknologi pengajaran. Shah Alam: Siri Pendidikan Fajar Bakti.











No comments:
Post a Comment