KOLEKSI GAMBAR

ALAT BANTUAN PENDENGARAN

Sepasang alat bantu pendengaran yang sesuai akan meningkatkan pendengaran anda. Memilih alat pendengaran adalah satu seni yang menggabungkan tahap kehilangan pendengaran anda, gaya hidup, keperluan dan juga kos. Pakar kami sentiasa bersedia untuk membantu anda membuat pilihan yang terbaik. Anda sentiasa dialu-alukan untuk menetapkan temujanji bersama kami.
Alat bantu pendengaran biasanya mempunyai beberapa stail berdasarkan penampilan. 

Ciri istimewa setiap stail diringkaskan seperti berikut:



Dipasang pada telinga (Open-Ear-Fitting/OEF)
Alat bantu pendengaran yang kecil disambungkan dengan wayar nipis dan penerima (receiver)yang mengarahkan bunyi ke dalam telinga.

    - Selesa dan kecil
    - Bunyi yang lebih semulajadi dan kurang tersumbat
    - Penampilan yang bergaya dan berwarna-warni
    - Sesuai untuk masalah pendengaran tahap ringan dan sederhana


Di belakang telinga (Behind-The-Ear/ BTE)Alat pendengaran ini berbentuk melengkung dan diletakkan di belakang setiap telinga. Bunyi disampaikan melalui tiub ke dalam saluran telinga.

    - amplifikasi yang tinggi untuk membantu masalah
      pendengaran tahap ringan hingga tahap yang sangat teruk

    - Saiz lebih besar dan mudah digunakan terutamanya
      bagi 
mereka yang menghadapi kesukaran mengendalikan
      objek kecil
       - Jangka hayat bateri lebih lama



Dalam telinga/Dalam saluran telinga (In-The-Ear (ITE) / In-The-Canal (ITC))
Dibuat dengan acuan telinga khas dan dipasang dengan selesa di bahagian luar telinga atau saluran telinga

    - Menghalakan bunyi secara terus ke dalam telinga untuk
      memastikan prestasi yang optimum

    - Selamat dan selesa di bahagian luar telinga
    - Mudah dikendalikan
    - Sesuai untuk masalah pendengaran tahap sederhana ke
      tahap yang teruk


Dalam saluran telinga sepenuhnya (Completely-In-Canal (CIC)
Alat bantuan pendengaran kecil yang diletakkan dalam saluran telinga yang membolehkan bunyi terus masuk ke dalam telinga.

    - Tersembunyi, sesuai untuk pelanggan yang mementingkan
      penampilan

    - Simulasi cara bunyi masuk ke dalam telinga memberikan
      kualiti bunyi yang lebih semulajadi 
sound quality

    - Sesuai untuk masalah pendengaran tahap ringan, sederhana
      dan teruk



No comments:

Post a Comment